Sunday 2 October 2011

Soalan yang sering ditanya pelajar 
1. Anak saya tidak boleh hafal sifir darab!
Cuba baca perbincangan dalam bab ingatan buku Belajar dengan cekap dan berkesan. Ada beberapa cara kita boleh mengingat fakta. Bab tersebut juga menyentuh tentang sifir darab.
 
2. Dia super-pandai, sebab dia belajar dengan lebih singkat masanya daripada saya tetapi markah dia dapat markah lebih tinggi daripada saya.
Pencapaian seseorang itu berbeza mengikut keadaan masing-masing. Seorang yang amat pandai itu sebenarnya mengamalkan kebanyakan yang disebut sebagai pembelajaran berkesan. 
 
3. Semasa di sekolah atau matrikulasi saya boleh dapat markah tinggi tetapi bila masuk Universiti saya tak boleh dapat markah yang sama tinggi walau pun saya berusaha.
Pembelajaran di sekolah dipimpin oleh guru. Di universiti dan pengajian tinggi, tanggung jawab pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar. Malahan keadaan yang paling ideal ialah selepas seseorang keluar dari Universiti dia sudah boleh belajar  sendiri  tanpa  mengikuti  kelas formal. Peralihan cara pengajaran dan pembelajaran inilah, yang dalam kebanyakan kes, menyebabkan seseorang pelajar itu tercicir. Yang paling penting untuk diketahui adalah pada asasnya pembelajaran berkesan sebenarnya sama sahaja baik di sekolah atau universiti. 
 
4. Sama ada saya kerja lebih kuat atau biasa sahaja markah saya tetap sama, buat apa saya belajar lebih?
Jangan putus asa. Semoga anda terus berusaha kuat tetapi sekarang ini dengan teknik dan kaedah yang berkesan. 
 
5. Saya tahu buat jadual waktu belajar. Semasa buat jadual, saya yakin boleh patuhi tetapi selepas beberapa minggu saya dapati mustahil untuk mematuhi jadual saya.
Anda perlu tahu cara membuat jadual waktu yang boleh dipatuhi dan cara untuk memastikan kepatuhan. 
 
6. Saya rasa terlampau banyak sangat yang saya ingin pelajari sebelum peperiksaan
Ini isu pengurusan masa, cara belajar berguru dan cara belajar bersendirian. Tingkatkan kecekapan dan kepantasan membaca pantas. 
 
7. Adakah kaedah yang membolehkan saya membaca dengan  pantas tetapi masih dapat memahami apa yang saya baca?
Memang ada. Sila teliti bab mengenai teknik membaca. 
 
8. Saya tak boleh mula belajar walau pun saya sudah memang jadualkan waktu yang cukup  untuk saya belajar sendiri.
Cuba muat turun  bab contoh yang membincangkan mengenai dorongan. 
 
9. Saya mengantuk semasa kelas walau pun cukup tidur
Anda perlu mengetahui mengenai pendengaran yang cekap dan berkesan. 
 
10. Saya tak suka guru itu dan dialah punca kenapa saya gagal
Cuba renungkan apa yang dikatakan sebagai gaya pembelajaran dan tingkatkan kemahiran mendengar. 
 
11. Saya tak faham kelas guru itu, boleh tak saya ponteng kelas dia?
Pelajar di peringkat sekolah dan peringkat permulaan universiti perlu menghadiri kuliah kerana anda boleh dapat sehingga 50% daripada ilmu yang diperlukan. Ini dengan hanya melabur masa yang jauh lebih sedikit daripada belajar bersendirian. Jika anda ponteng anda yang rugi.  


12. Saya tak faham apa yang diajar dan setiap kali saya perlu ulang semua sekali lagi
Cuba mendengar secara aktif dan bersedia untuk mengikuti kelas. Tingkatkan kemahiran pembelajaran sendirian dan belajar berguru serta pengurusan masa. 
 
13. Saya lupa apa yang saya belajar minggu lepas
Kaki semula teknik ingatan, belajar sendirian dan berguru. 
 
14. Saya rasa amat susah hendak belajar kerana kursus ini tak menarik dan membosankan saya.
Jawapan ini memerlukan pemahaman cara bagaimana menjadi pendengar yang cekap. Muat turun dan baca bab contoh mengenai dorongan dan sikap. 
 
15. Saya tak faham dan saya tak tahu bagaimana hendak mula belajar subjek ini
Ulasan yang sama seperti soalan di atas. 
 
16. Saya tak boleh tumpukan perhatian saya semasa kelas
Cuba mendengar secara aktif dan bersedia untuk mengikuti kelas.  
 
17. Saya tidak ada masa untuk mengulangkaji sebab sibuk dengan tugasan serta kerja rumah.
Anda perlu menguruskan masa dengan baik.  
 
18. Saya faham semasa kelas tetapi tak boleh selesaikan soalan latihan atau soalan peperiksaan.
Jangan gentar atau gelabah apabila menyelesaikan masalah. Saya cadangkan rujuk kepada kemahiran berfikir dan teknik menyelesaikan masalah dalam buku  Belajar dengan cekap dan berkesan. 
 
19. Saya tak faham tetapi saya tak tahu apa yang hendak saya tanya.Ada cara bertanya soalan yang bermanfaat.
Buku Belajar dengan cekap dan berkesan membincangkan isu ini dalam bab berfikir dan menyelesaikan masalah. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk memastikan jawapan itu betul atau tidak. Jika salah, cari punca kesilapan. Dengan ini pelajar belajar menyelesaikan masalah untuk mengukuhkan fahaman  dan seterusnya bersedia untuk peperiksaan. 
 
20. Kalau soalan latihan tak beri jawapan saya tak mahu cuba sehingga guru beri jawapan.
Banyak buku teks tidak beri jawapan kepada soalan latihan. Guru ada selesaian atau jawapan tersebut supaya mereka tidak dibebankan dengan masa untuk menyelesaikannya. Pelajar digalakkan mencuba dan menghujah serta mengwajarkan jawapan mereka. Kalau sudah tahu jawapan sebelum menyelesaikan masalah, akan wujud ramai pelajar yang tidak faham cara menyelesaikan masalah. Akan ada pelajar yang menyelesaikan masalah dengan jalan yang salah tetapi mendapat jawapan betul!  Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk memastikan jawapannya betul atau tidak. Jika salah, cari punca kesilapan. Dengan ini pelajar belajar menyelesaikan masalah untuk mengukuhkan fahaman dan seterusnya bersedia untuk peperiksaan. Saya bincangkan isu ini dengan lebih lanjut dalam bab mengenai kelas tutorial dan penyelesaian masalah di dalam buku Belajar dengan cekap dan berkesan. 
 
21 Saya sudah baca dan sudah faham tetapi masih susah hendak ingat
Bab mengenai ingatan dalam buku Belajar dengan cekap dan berkesan amat sesuai dibaca! 
 
22. Buat apa saya buat latihan dalam buku itu yang tak beri jawapan di belakang buku?
Sila lihat ulasan di atas. 

23. Guru tak berikan syarahan dalam kelas tutorial, oleh itu buat apa saya hadiri?
Tutorial bukan kelas di mana guru membuat penyampaian. Kelas tutorial untuk pelajar memberikan maklum balas dan membincangkan apa yang ia faham dan bertanya apa yang ia tidak faham. 
 
24. Bukan saya tak boleh dapat markah tinggi tetapi nasib saya selalu tak baik kerana kesilapan dan kecuaian.
Anda tidak cukup latihan pengukuhan dan mungkin silap persediaan peperiksaan. Sila rujuk kepada bab dalam buku yang membincangkan perkara tersebut. 
 
25. Bukan saya tak boleh buat soalan itu semasa peperiksaan tetapi saya lupa formula.
Masalah ini melibatkan daya ingatan dan persediaan peperiksaan. Perbincangan ini agak panjang hendak dimuatkan dalam laman web tetapi saya telah bincangkan dalam buku. 
 
26. Bukan saya tak tahu buat, semasa latihan saya boleh jawab, tetapi saya silap sedikit tentang formula yang digunakan.
Lihat ulasan soalan 26! 
 
27.Saya boleh jawab dan boleh dapat markah lebih tinggi tetapi saya tak cukup masa.
Anda ada masalah menyelesaikan masalah dan juga cara berfikir serta menjawab soalan.  
 
28. Saya tahu  dan ingat apa yang dikehendaki oleh pemeriksa tetapi tak terlintas menulis benda itu kerana saya ingat jawapan saya sudah memadai.
Baca dan fikirkan bab mengenai persediaan peperiksaan
 
29. Lain saya baca lain yang keluar masa peperiksaan
Jangan teka dan ramal soalan ujian atau peperiksaan. Jika anda sering tidak cukup masa semasa peperiksaan, cuba renungi saranan mengenai pengurusan masa dan persediaan peperiksaan. 
30. Saya tak boleh jawab soalan yang meminta saya membuat penerangan.
Penerangan melibatkan pemikiran yang memerlukan sebutan dan tulisan perkataan dari diri sendiri (in your own words). Dalam bab kemahiran berfikir dan juga bab mengenai persediaan peperiksaan di buku saya ada dibincangkan isu ini. 
 
31. Selesaian contoh nampaknya mudah sahaja tetapi apabila saya cuba soalan latihan saya tak boleh buat.
Cara anda belajar daripada selesaian contoh itu tidak menyediakan anda untuk menyelesaikan soalan latihan. Sau aspek penting ialah bagaimana kita mempadukan (consolidate) pengetahuan dari selesaian untuk digunakan dalam soalan lain. Anda boleh dapat penerangan lanjut daripada buku saya. 
 
32. Soalan dalam latihan boleh buat tetapi soalan dalam peperiksaan saya tak boleh buat
Mungkin masalah yang anda hadapi ialah kerana anda tidak boleh menyelesaikan masalah yang mempunyai sedikit kelainan atau perbezaan dengan apa yang telah dibuat sebagai latihan sebelum peperiksaan. Paduan pengalaman penyelesaian masalah amat penting sekali supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah yang serupa atau pun yang mempunyai sedikit perbezaan. Sila renung apa yang saya ulas bagi soalan 31. 
33. Pembelajaran kumpulan kami perlahan sangat!
Rujuk kepada bab pembelajaran sendiri di mana perbincangan mengenai pembelajaran berkumpulan ditulis. 
 
34. Bila saya guna internet saya lupa jadual waktu saya.
Rujuk kepada bab  mengenai dorongan, sikap dan tabiat serta perbincangan mengenai internet di bab pembelajaran melalui internet dan media komputer. 
 
35. Saya suka main mainan internet dan komputer sehinggakan saya sukar hendak belajar
Mungkin anda  ada  masalah sedikit sebanyak dengan  ketagihan internet dan komputer. Sila rujuk kepada bab mengenai internet dan komputer. 
 
36 Kawan saya senang sahaja mencari maklumat dengan enjin carian tetapi apabila saya cuba saya gagal.
Teknik carian anda tidak cekap, sila rujuk kepada bab mengenai internet. 
 
37. Apabila saya hendak membuat ‘essay' atau menulis atas sesuatu tajuk saya ambil secara langsung tulisan orang lain. Adakah ini salah?
Mungkin besar anda telah melakukan penciplakan.    Sila rujuk kepada teknik memetik idea dan tulisan orang lain dalam bab mengenai penciplakan. 
 
38. Perlukah anak saya yang masih kecil di sekolah rendah mengamalkan pembelajaran berkesan?
Bukankah kalau hendak membentuk buluh bíarlah daripada rebungnya? Agak sukar untuk budak sekolah rendah memahami buku ini, tetapi ibu dan bapanya sudah tentu boleh. Ibu dan bapanya yang lebih sesuai membentuk amalan pembelajaran berkesan dari kecil lagi, secara memujuk dan menggunakan psikologi. 
 
39. Ramai orang berpendapat bahawa belajar dengan kumpulan sangat berkesan, tetapi pada pengalaman saya ianya membuang masa sahaja. Betulkah pendapat saya ini?
Ada kebaikan belajar berkumpulan dan ada juga kesan sampingan yang tidak menguntungkan. Ia juga tidak sesuai untuk semua yang hendak dipelajari.

No comments:

Post a Comment