Thursday 31 May 2012

CARA AJAR ANAK SOLAT


Usaha mengajar anak-anak solat merupakan satu usaha yang berpanjangan dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ibu bapa. Ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan terus bersungguh-sungguh sehingga solat menjadi darah daging anak-anak. Usaha ini mestilah dimulakan sejak anak-anak masih kecil bak kata pepatah, lenturlah buluh dari rebungnya.
Anggaplah solat ini satu perkara yang tidak kurang pentingnya berbanding pencapaian-pencapaian lain di dalam hidup anak-anak. Kita mengimpikan anak-anak yang soleh yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia nanti. Jika mereka tidak solat, bilakah masanya mereka akan mendoakan kita.
Di sini dikongsikan tips-tips mengajar anak-anak solat, moga bermanfaat!
Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai  kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."
Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"
umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.
Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat." Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat
Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"
Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
·         Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.
Praktikal solat yang dibuat di Tadika Nursyifa, sangat membantu anak-anak belajar solat. Yang paling melucukan, anak-anak ini akan berebut untuk menjadi imam, bukti keyakinan mereka untuk menjadi ketua!
·         Sesekali ajaklah mereka ke masjid  atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.
·         Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan  solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.
·         Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.
·         Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.
·         Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.
Contoh carta solat yang boleh dibuat untuk anak-anak, stiker-stiker comel diberikan setiap kali anak-anak berjaya solat.
Kad ucapan tahniah yang pernah saya berikan kepada anak kerana bangun solat subuh di pagi yang dingin.
·         Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.
·         Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.
·         Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.
·         Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"
Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.
Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.
Wallauhua 'lam

Saturday 26 May 2012

RINDUNYA NABI MUHAMMAD S.A.W. TERHADAP KITA

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Cuti 2 minggu! yeah!!!!!

setelah sekian lama x dpt bukak laptop akhirnya!!!!inilah saat nk bergembira...hehehe...cuti 2 minggu boleh bukak laptop sepanjang masa tapi kena gak balajar.UPSR lagi 2 bulan tolak cuti& sebagainya.tapi boring gak sebab kelas tambahan full seminggu.rasa cam malas nk belajar tapi mak kata "bersusah dahulu pendapatan,bersenang-senang kemudian". target nk dpt 5A tapi malas nk blaja.Jadi adik2 atau akak2 &abg2 yg bakal menduduki peperiksaan besar tahun ni belajar la betul2.BYE!!!!! :3

Friday 27 January 2012

MASJID AL-AQSA YANG PALSU


Seperti kita ketahui, Masjid Al Aqsa adalah kiblat pertama Umat Islam. Di Masjid inilah Rasulullah S.A.W singgah dan solat sebelum naik ke Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra Mi'raj.

Masjid yang terletak di Jerusalem ini adalah Masjid pertama di Dunia.Dibina pertama kali oleh Nabi Adam a.s.Kemudian  dibangun kembali oleh Nabi Daud a.s, kemudian disambung oleh Nabi Sulaiman a.s. Akhirnya disempurnakan oleh Nabi Ibrahim a.s dimasa kenabiannya.

Pada tahun 587 SM, Masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman  a.s dihancurkan oleh Raja Babilonia.
Pada pada tahun 167 SM tempat Masjid  Al Aqsa itu kemudian dibangunkan dan  menjadi tempat ibadah orang Yahudi, dan tahun 70 SM bangunan itu dihmusnahkan kembali oleh orang Yahudi Jerusalem. Setelah itu tapak Masjid ini terbiar menjadi tempat sampah selama lebih dari 600 tahun.

Kemudian pada  tahun 637 Masehi,Khalifah Umar Bin Khatab berjaya menakluki kembali Jerusalem dan membina kembali Masjid ini.

Dan tahun 691 Masihi, Khalifah dari Bani Umayyah membina Masjid Al Sakrah atau disebut juga The Golden Dome Mosque (Masjid Kubah Emas) disebelah masjid Al Aqsa.

Tahun 1967 Masjid Al Aqsa berjaya ditakluk oleh  Israel lagi!
Orang Yahudi ratusan kali berusaha menghancurkan Masjid ini. Pada tahun yang sama orang Yahudi berjaya menghancurkan Mimbar Tua berusia 900 tahun yang dibinan Sultan Salahudin Al Ayubi yang juga pernah merebut kembali Jerusalem dimasa itu.

Hingga saat ini orang Yahudi terus berusaha untuk melenyapkan Masjid ini dan menggantinya dengan bangunan Yahudi. Tahukah saudaraku, ada berita mengggusarkan bahawa mereka sedang menggali bahagian bawah tanah masjid ini supaya masjid ini tenggelam secara perlahan-lahan Tetapi, Alhamdulillah, segala puji bagi Nya Yang Maha Perkasa dan Berkuasa, Allah Ta'ala masih melindungi Masjid ini dari tangan kotor Yahudi.

Namun saudaraku, tahukah....
Jika saat ini anak anak atau adik adik kita ditunjuk dua keping gambar masjid ini, lalu disuruh memilih, mana satukah Masjid Al Aqsa. Kemungkinan kita akan memilih Masjid yang berkubah Emas bukan  Masjid Kubah Hitam( iaitu masjid Al Aqsa yang sebenar).

Rupanya bukan kita sahaja beranggapan sedemikian, Sekarang lihatlah gambar yang terpampang di laman2 web @ media massa.
 

Saya mendapati banyak website dakwah yang memaparkan Masjid Al Sakhrah (Kubah Emas) ini sebagai Masjid Al Aqsa (cuba layari website dan google image masjid ini).

Muncul pertanyaan, kenapa?
Kenapa lagi kalau bukan taktik orang Yahudi yang berusaha mengalih perhatian umum dari masjid Al-Aqsa yang sebenar.Usaha mereka sangat kuat sehingga di kalangan Intelektual Muslim sendiri tidak tahu muslihat ini!

Kenapa saya menghebahkan hal ini?
Saudara seagamaku, apa yang terjadi jika Masjid Kubah Hitam (Al Aqso) ini dihancurkan mereka secara diam diam?

Akibatnya sangat dahsyat,kerana jika umat Islam mulai terbiasa memandang masjid yang berkubah emas tadi sebagai Masjid Al Aqsa... maka umat Islam akam diam saja saat masjid Al Aqsa yang asli itu dilenyapkan oleh orang yahudi. Karena Masjid "Al Aqsa" yang mereka ketahui itu masih berdiri teguh di tapaknya.

Padahal sekali lagi, yang berdiri itu bukan Al Aqso melainkan Masjid Al Sakhrah/Dom Of The Rock/ The Golden Dome Mosque/ Masjid Kubah Emas yang berdiri disebelah Al Aqso yang Asli.

30 KEJADIAN PALING GILA ANGKARA FACEBOOK SEPANJANG TAHUN 2011

Ramai orang melakukan perkara bodoh menggunakan FB. Di sini saya letakkan cerita tang pengguna FB yang paling "tidak cerdik" semasa menggunakan FB sepanjang tahun 2011.

1. Pada bulan November, pencuri masuk ke sebuah rumah dan dan sempat melayari internet dan log in FB. Sayangnya dia lupa tidak log out dulu sebelum meninggalkan rumah itu..



2.Pada bulan Februari, seorang ibu ditangkap kerana memposting foto-foto bayinya sedang menggunakan bong di Facebook.


 
Sumber: wtsp.com

3. Tigo Arrington membuat heboh dengan memposting ancaman kepada polis di Facebook. Ketika polis pergi untuk menyelidiki ancaman tersebut, mereka menemukan pornografi kanak-kanak di komputer peribadinya dan dia ditangkap.


 
Sumber: mobile.al.com

4.Nikki Rasmussen ditangkap kerana cuba membakar rumah temannya, Tujuannya untuk membalas dendam kerana kawannya telah remove namanya daripada daftar sahabat2nya.


5. Selama sekitar satu tahun setengah, Bettysue Higgins 54 tahun menggelapkan $ 166.000 dari tempat kerjanya  di sebuah firma hukum. Dia menggunakan sebahagian besar wang ini untuk membeli koin virtual di game facebook YoVille dan Mafia Wars. Pada bulan Disember, dia didakwa di pengadilan dan dituntut 6 tahun penjara.

Sumber: kjonline.com 

6.Pada bulan Oktober, sebuah kaji selidik mendapati bahwa 1 daripada  5 wanita akan lebih memilih bermain Facebook daripada seks. 

Cosmo bertanya pada 2.000 pembacanya "apa yang Anda lebih suka cuti selama satu minggu penuh: seks atau Facebook?", Dan 20% menjawab bahawa mereka memilih memiliki Facebook daripada seks. 

Sumber: socialhype.com 


7.Pada bulan Oktober, Steve Frank,Covington, Kentucky, mengancam akan membiarkan "Taliban" saat menghadapi penunjuk perasaan.




8. Althea Ricketts 62 tahun didakwa melakukan penganiayaan kanak2 dengan mendera anaknya kerana kerana anaknya mempunyai akaun Facebook. 

Sumber: articles.orlandosentinel.com 


9. Jason Valdez menyimpan seorang wanita selama 16 jam di sebuah bilik hotel di Utah dan mengupdate status semua kejadiannya di live-blogged dan Facebook.




10.Pada bulan Mei, 7-Eleven dalam kesusahan besar kerana mengejek bulan Kesihatan Mental pada statusnya di Facebook.


Source: adweek.com 

11. Menurut American Academy of Matrimonial Lawyers,1 dari 5 Pengguna Facebook melakukan kecurangan yang menjadi penyebab kes perceraian di AS.

Sumber: yourtango.com


12.Pada Disember, seorang pemandu teksi berjaya membalas dendam terhadap seorang penumpang yang tidak membayar tambangnya tetapi tertinggal telefon di dalam teksinya dengan memperbarui status Facebooknya.


Sumber: thedailywh.at 

13. Pada bulan Mei, Lady Gaga menggunakan Farmville sebagai premier lagu barunya.


Sumber: ohnotheydidnt.livejournal.com 

14. Benito Apolinar dilaporkan berkata kepada isterinya bahwa "dia  banyak mendapat komen pada statusnya" tapi dia tidak gembira kerana isterinya tidak melayani posting tersebut 

"Adalah sangat mengagumkan, ramai orang 'suka' pada statusku kecuali kamu (isterinya), tapi, kau isteriku. Seharusnya kamu jadi orang pertama yang "suka" pada statusku," Katanya kepada isterinya dan kemudian dia telah menyerang isternya kerana hal tersebut.

Sumber: heraldextra.com 


15. Seorang Lelaki telah memecah masuk kereta seseorang dan mencuri telefon bimbitnya. 


Menurut polis, "Suspek telah mengambil gambarnya dan kerana tidak faham setting telefon tersebut, akhirnya dia telah ter uploag gambarnyta ke lamana FB secara automatik.Akhirnya identitinya dapat dikesan polis.

Sumber: ajc.com 


16. Pada bulan Ogos seorang wanita berjaya meletakkan status di FB yang  menawarkan $ 1.000 untuk sesiapa saja yang boleh membunuh h bekas kekasihnya. 

Sumber: abclocal.go.com 


17. Pada bulan Julai, 24t orang pekerja di projek Dallas City Hall menerima tindakan setelah syarikat tersebut berjaya mengesan mereka menghabiskan terlalu banyak masa melayari FB. 

Sumber: dfw.cbslocal.com 



18.Pada bulan Julai, seorang lelaki berusia 19 tahun Watertown, Connecticut ditangkap setelah memposting video dua minit di Facebook yang menunjukkan dia melanggar keretanya ke tong sampah di sepanjang jalan yang dilaluinya. 

Sumber: wfsb.com 

19.Pada bulan Jun, Sarah Palin memposting catatan di Facebook yang mengatakan WTF berdiri untuk "Winning The Future."



Sumber: facebook.com 

20. Pada bulan Februari, seorang lelaki Mesir memberi nama puterinya yang baru lahir "Facebook ". 



21. Pada bulan Jun, Pemerintah Perancis melarang radio dan jaringan berita televisyen untuk menyiarkan posting Facebook" dan "Twitter" di siarannya. 

Sumber: sg.news.yahoo.com

23. Pada bulan April, setelah Royal Wedding, Pippa Middleton's Ass Appreciation Society dilancarkan, sekarang telah mempunyai  lebih dari 240.000 penggemar.


Sumber: news.com.au 

24. FBI menuduh seorang lelaki merompak 5 bank di area Detroit setelah penyiasat men​​sesuaikan dia dengan foto di Facebook. 

Perompakk itu mengenakan pakaian yang sama dalam gambar profilnya di FB ketika dia merompak bank. 

Sumber: wtsp.com 

25.Pada bulan Oktober, seorang wanita ditangkap kerana membiarkan semua orang tahu melalui Facebook bahawa dia melakukan  seks di bas. 

Sumber: thesmokinggun.com 

26. Pada bulan Februari, seorang lelaki Staten Island mencoba untuk menuntut daripada Facebook sebanyak $ 500.000 kerana mengeluarkan dia dari akaun Facebook tanpa notis.

"Saya tinggal di sebuah negara komunis di mana orang tidak punya hak.  kata Montenegro. "Aku tidak melakukan ini kerana duit. Aku melakukan ini untuk keadilan," katanya. 

Sumber: nypost.com 

27. Sophomore Nitesh Bhakta,siswi   di Universiti Georgia, menggunakan Facebook untuk membantu menggagalkan rompakan bersenjata yang berlaku di rumah keluarganya. 


Gadis 20-tahun itu berada di biliknya dengan laptopnya ketika dia mendengar jeritan neneknya."Ketika aku membuka pintu, aku melihat 3 orang  bertopeng hitam di pintu depan," kata Bhakta. "Aku menutup pintu, menguncinya, menyambar laptop saya, pergi ke loteng dan bersembunyi." 

"Saya tidak berfikir [Facebook] benar-benar dimaksudkan sebagai alat menyelamatkan nyawa, tapi ini satu-satunya cara saya boleh memikirkan menghubungi seseorang untuk meminta tolong dengan segera. katanya. 


Jadi, Bhakta memperbarui statusnya Facebook: "HELP, ROBBERS, NO PHONE." "Banyak orang berfikir itu adalah lawak," katanya. Untungnya sahabatnya, John Salter, menganggapnya serius,dan memberitahu deputi Sheriff County, Bartow saat Bhatka bersembunyi dalam gelap. 

Sumber: ajc.com 

28. Crystal Yamnitzky dan kekasihnya Robert Driscoll mencuri sebuah cincin $ 12.000. Tak lama setelah itu, Yamnitzky memposting gambar di Facebook dengan tajuk, "Lihat apa yang diberi Robby padaku. .” Aku sangat mencintainya. " Mereka berdua ditangkap sesaat setelah itu.



Sumber: pittsburgh.cbslocal.com 

29. Ashley Payne 24 tahun , seorang guru bahasa Inggris sekolah umum di Georgia, dipecat kerana foto dirinya sedang minum wine di sebuah parti di Eropah diposting Facebooknya. 


Sumber: cbsnews.com

30. Dan ini yang terakhir .... Komen sendiri ye...


PENYESALAN SEORANG SUAMI

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….